x

seismik

“Main-Main Lagi Dalam Kelas” - Sekali Gadis Tersedut Dakwat Pen Ini Undang Tawa Ramai

Tak pasal-pasal.

Cover image via @aila_987 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memberi perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas amatlah penting

Hal ini supaya para pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat menambah ilmu.

Namun, lain pula dengan satu video yang tular di TikTok ini di mana seorang pelajar perempuan tersedut dakwat pen telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sibuk bermain semasa guru mengajar, tak pasal-pasal tersedut dakwat pen

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aila_987 di TikTok, kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang merakam diri mereka sewaktu guru mereka sedang mengajar di dalam kelas.

Kemudian, salah seorang pelajar perempuan itu menghulurkan dakwat pen kepada rakan di sebelahnya. Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila pelajar perempuan itu tersedut dakwat pen tersebut.

“Aku ingat aku seorang je pernah buat macam tu” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 130K tanda suka dan 4,027 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Malah, ramai juga yang pernah membuat perkara sama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Buat hal betul, habis hitam gigi tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik