seismik

Malaysia Bakal Nikmati Teknologi 5G Menjelang Hujung Tahun Ini - PM Muhyiddin Yassin

Malaysia akan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang membina ekosistem perkhidmatan itu.

Cover image via RTM - Radio Televisyen Malaysia (Facebook) & Disruptive Asia

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, teknologi 5G akan mula dinikmati rakyat secara berperingkat menjelang hujung tahun ini dan Malaysia akan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang membina ekosistem perkhidmatan itu

Menurut laporan, teknologi 5G akan menjadi 'gamechanger' kerana akan wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang akan membawa kesan secara langsung kepada kesejahteraan rakyat.

“5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet lebih laju, tetapi lebih penting daripada itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna.

“Ia termasuk aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar dan aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Empat prasarana digital di bawah MyDigital akan mula dibina bagi merancakkan inovasi dan mewujudkan ekosistem digital berkesan

Inisiatif pertama akan membabitkan pelaburan sejumlah RM21 bilion sepanjang lima tahun melalui projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada.

Prasarana kedua katanya, sejumlah RM1.65 bilion akan dilaburkan beberapa syarikat telekomunikasi untuk memantapkan sambungan ke jaringan kabel dasar laut antarabangsa sehingga 2023.

"Ini akan membuka ruang untuk pemindahan data antarabangsa yang lebih cepat dan stabil, sekali gus menurunkan kos internet kepada pengguna di Malaysia

"Ketiga, sejumlah RM15 bilion akan dilaburkan sepanjang 10 tahun untuk pelaksanaan 5G ke seluruh negara yang akan mewujudkan lebih 105,000 peluang pekerjaan," ujarnya.

Yang terakhir iaitu prasarana keempat adalah membabitkan pelaburan antara RM12 bilion hingga RM15 bilion akan dilaburkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan awan (CSP) dalam tempoh lima tahun akan datang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: