seismik

Menjerit Adik Usik Nak Baling Lipas, Warganet Gelak Sakan Tengok Reaksi Lelaki Ini

Kenapa ramai lelaki takut lipas ya?

Cover image via @misssmile002 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, ramai kaum lelaki lebih takut kepada lipas berbanding perempuan

Disebabkan hal itu, mereka sering diusik oleh ahli keluarga atau isteri kerana sudah pastinya mereka akan berlari lintang pukang akibat rasa takut.

Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini apabila reaksi spontan menjerit ketakutan semasa disakat adik perempuannya yang ingin mencampak lipas menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@misssmile002

dri kecik smpai besar lipas pn tkut ...hilang stress aku kacau abg aku ni@boyibrahim_27 HAHAHAHAHHA##fyp ##fypviral

original sound - eishaibrahim

Menjerit sampai menyorok belakang bantal bila adik kacau nak campak lipas

Menerusi perkongsian video daripada @misssmile002, kelihatan dia sedang menyakat abangnya yang takut dengan lipas.

"Dari kecik sampai besar lipas pun takut, hilang stress aku kacau abang aku ni," katanya.

Abangnya yang dilihat menggelupur menyorok belakang bantal itu menjerit ketakutan dan menyuruh adiknya membuang lipas itu.

"Kami sebagai lelaki bukan takut, cuma malu je dengan lipas" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa terhibur selepas melihat reaksi lelaki itu yang fobia dengan lipas.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Seronok betul adik dia usik abang ya, lain kali buat lagi tau :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: