seismik

Minta Group Edit Gambar Biar Nampak Ada Customer, Ramai Sayu Lihat Permintaan Wanita Ini

Semoga ramai pelanggan dia lepas ini.

Cover image via Edit Apa Hari Ini (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membuka perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah kerana ada pasang surutnya

Terutama sekali bagi kedai makan, kerana mereka perlu berusaha lebih keras untuk menarik pelanggan mereka. Tambahan pula, jika yang dijual itu sudah banyak dijual juga di tempat lain. Kadangkala pasti ada jatuh dan naiknya betul tak?

Namun, lain pula dengan posting di Facebook ini apabila seorang wanita yang juga merupakan pengusaha kedai makan meminta agar netizen menyunting gambar kedainya dipenuhi dengan pelanggan telah menarik perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Minta ahli group sunting gambar nampak ramai pelanggan

Menerusi posting tersebut, wanita yang juga merupakan sebuah pengusaha kedai makan itu telah meminta agar ahli group itu untuk menyunting gambarnya.

Difahamkan, dia sedikit terkilan kerana kedai makannya tidak ada ramai pelanggan dan disebabkan itu dia meminta agar netizen menyunting gambar kedainya yang dipenuhi dengan pelanggan untuk melihatnya.

Namun, dia juga tetap bersyukur dengan rezeki yang ada walaupun tidak ramai yang datang ke kedainya.

"Teringin nak ramai customer macam kedai2 makan lain yang viral-viral tu walaupun hanya dalam angan-angan. Mudah-mudahan dengan angan-angan ianya menjadi kenyataan"

"Hampir putus asa tapi tetap teruskan kerana ini saja lah kemahiran yang ada untuk teruskan hidup. Pernah satu hari tu berniaga dari pagi sampai petang RM47 sahaja yang dapat. Tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami," tulisnya.

"Saya edit gambar dengan doa kak. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dan mendoakan agar perniagaan wanita tersebut terus maju.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 17K likes, 2.5K comments dan 1.6K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Insya-Allah makin ramai yang datang kedai akak ni nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: