seismik

Pelekat Ini Boleh Kekalkan Kesegaran Buah & Mampu Tahan Lebih Lama Di Pasaran. Biar Betul!

Founder syarikat ini merupakan orang tempatan.

Cover image via @ZhafriZainudin_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, buah-buahan mempunyai tahap kesegaran yang rendah dan tidak tahan lama

Untuk menghasilkan buah-buahan yang segar dan tahan lama, pelbagai cara dan inovasi telah dilakukan oleh ramai pihak. 

Salah satunya ialah penciptaan pelekat seperti StixFresh. Tahukah anda, pelekat ini boleh mengekalkan kesegaran buah-buahan. Bukan itu saja, buah-buahan yang ditampal dengan pelekat ini juga akan tahan lebih lama. 

Kehebatan inovasi pelekat ini telah diketengahkan dalam World Economic Forum baru-baru ini. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Apa yang lebih menarik, founder syarikat StixFresh ini merupakan orang tempatan. Wow!

Zhafri Zainudin merupakan founder dan CEO syarikat itu.  

Teknologi StixFresh ini tidak dihasilkan menggunakan bahan kimia yang beracun. Ia menggunakan sebatian anti-mikroba secara semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan-tumbuhan untuk melindungi buah-buahan supaya lebih segar dan tahan selama beberapa minggu.

Pelekat StixFresh ini bukan saja mengekalkan kesegaran buah, malah boleh mengurangkan berlakunya pembaziran makanan

Inovasi ini boleh mengurangkan pembaziran makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Umum sedia maklum bahawa pembaziran makanan berlaku di seluruh dunia. Perkara ini semakin membimbangkan, justeru penciptaan pelekat tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk tangani pembaziran makanan.

Ketahui tentang StixFresh dengan lebih lanjut di sini. 

Bangga dengan penciptaan pelekat yang sangat inovatif ini. Malaysia boleh!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik