seismik

Pengeluaran Khas KWSP Boleh Dimohon Mulai 1 April & Bayaran Akan Dibuat Pada 20 April Ini

Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.

Cover image via KWSP Malaysia (Facebook) & Harian Metro

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan berkata, ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50.

Walau bagaimanapun, ahli perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

Sebagai rekod, kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

"Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: