Penyanyi Nidza Afham Hilang Lepas Jogging, Hanya Telefon & Dompet Ditemui Di Jambatan
Difahamkan, dia keluar jogging pada 7.58pm ke Stadium Klang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi Aufahanie meminta orang ramai mendoakan supaya abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang hilang sejak malam tadi agar segera ditemui
Aufahanie berkata, abangnya yang juga seorang penyanyi keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 7.54 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjogging. Dia gagal dihubungi selepas 9.13 malam.
"Teman wanita abang, Miera memaklumkan kepada adik yang dia gagal menghubungi Nidza Afham apabila panggilan serta WhatsApp tidak berjawab.
"Jadi, Miera hubungi adik minta tolong tengokkan sama ada abang sudah pulang ke rumah.
"Bila adik periksa di biliknya, abang masih belum pulang dan mereka kemudian menggunakan aplikasi pencarian telefon bimbit lalu mendapati abang berada di Jambatan Sungai Klang," kongsi Aufahanie di Berita Harian.
Telefon dan dompet ditemui di sebuah jambatan
Ibu dan adiknya bergegas ke jambatan berkenaan untuk mencari abangnya, tetapi tiada.
"Ketika ummi dan adik sedang sibuk mencari, ada dua lelaki datang menegur kerana mereka menyangka kereta ummi rosak apabila diletakkan di bahu jalan berhampiran jambatan.
"Mereka turut tolong mencari abang dan menemui telefon bimbit serta dompetnya sekitar jambatan, tetapi kad debit dan wang tunai tiada.
"Selepas itu barulah ummi dan adik maklumkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga bagi memaklumkan kehilangan abang.
"Jadi, saya minta ummi dan adik terus buat laporan polis, semalam. Sejak jam 1 pagi hingga sekarang, kami masih lagi tak berputus asa mencari abang," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!