seismik

Permainan Video Upin & Ipin Menerusi Konsol Permainan Akan Dilancar September Ini

Wah, tak sabarnya!

Cover image via Hotstar

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat produksi animasi tempatan, Les' Copaque Productions Sdn Bhd bakal melancarkan permainan Upin & Ipin menerusi konsol permainan video September ini

Menerusi laporan BERNAMA, Pengarah Urusan Les' Copaque Productions Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata permainan berbayar itu telah dibangunkan sejak tahun lepas dan akan dilancarkan menerusi beberapa peranti konsol permainan yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata syarikatnya membelanjakan RM15 juta bagi permainan berkenaan, dibangunkan oleh sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di negara ini.

"Selain Malaysia, sasaran kita sudah tentu di Indonesia yang memiliki penggemar ramai siri animasi ini. la merupakan satu lagi kejayaan syarikat kita menerusi Upin & Ipin," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata siri animasi berkenaan terus mendapat tempat di Indonesia apabila tempoh tayangan lima jam sehari menerusi saluran MNCTV di negara berkenaan ditambah kepada sembilan jam sehari ketika ini.

Perkara itu, katanya merupakan satu lagi kejayaan kepada syarikat yang ditubuhkan pada 2005 dan sehingga kini sudah berjaya meraih pelbagai anugerah menerusi siri Upin & Ipin yang diterbitkan pada 2007.

Pengarah Urusan Les' Copaque Productions Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi

Image via Les' Copaque Production Sdn Bhd (Facebook)

Rancangan pembinaan Taman Tema Upin Ipin di Alor Gajah, Melaka mampu menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara pada masa hadapan

Burhanuddin berkata setiap tahun sebanyak 42 siri animasi baharu Upin & Ipin ditayangkan di Indonesia dan syarikatnya mendapat keuntungan menerusi iklan yang disiarkan dalam tempoh siaran berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yakin pembinaan Taman Tema Upin Ipin di Alor Gajah, Melaka mampu menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara pada masa hadapan, terutamanya dari Indonesia.

Taman tema bertaraf antarabangsa yang dirancang untuk dibangunkan di atas tanah seluas 55.85 hektar itu dan bakal menelan belanja RM700 juta dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 hingga 2027.

Sehingga kini, Upin & Ipin telah menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Tokoh Filem Perpaduan pada sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2023 menerusi filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Upin & Ipin turut mengekalkan kemenangan pada Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 menerusi kategori Program Animasi Asing yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 November 2021.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: