seismik

Polis Sedang Mengesan Kanak-Kanak Hilang Di Johor, Minta Kerjasama Orang Ramai Jika Jumpa

Difahamkan bapa kanak-kanak itu merupakan seorang peniaga yang menyertai festival Maqan x Bon Odori.

Cover image via Mahfuzah Ma Hussin (Facebook) & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak polis sedang mengesan budak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eko Galleria

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata kanak-kanak yang bernama Albertine Leo Jia Hui itu disedari hilang oleh bapanya jam 8.30 malam.

Polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak terbabit dan hebahan mengenai kehilangannya juga sudah diedarkan.

"Polis Daerah Iskandar Puteri sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang sejak semalam.

"Lokasi terakhirnya ialah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani, di sini.

"Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana," katanya.

Kanak-kanak terbabit memakai baju T putih dengan gambar 'Mickey Mouse' pada bahagian dada dan berseluar pendek pada hari kejadian.

Difahamkan bapa kanak-kanak itu juga merupakan salah seorang peniaga menyertai festival Maqan x Bon Odori yang sedang berlangsung di lokasi pusat perniagaan itu sejak kelmarin.

Pada masa yang sama, dia turut meminta ruang supaya siasatan polis dapat dijalankan dengan lancar serta berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubungan kehilangan kanak-kanak itu, termasuk mendakwa dia sudah dilarikan dan kini berada di kawasan utara negara.

Katanya, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ridzuan Abd Hadi, melalui talian 017-7051097 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri (019-2792095) atau Bilik Gerakan (07-2212999).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: