seismik

"Rasa Nak Hilang Nyawa Tu" - Wanita Kongsi Detik Ngeri Terhidu Bau Stain Remover & Clorox

Nasib baik tak ada apa.

Cover image via @areuizany (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Penjagaan bilik air haruslah dijaga bagi keselesaan bersama, lebih-lebih lagi jika ia merupakan rumah anda

Mesti mahu nampak bersih kan. Malu pula jika terlihat tetamu yang datang rumah. Oleh sebab itu, ramai yang berkongsi antara bahan pencuci atau tips mereka membersihkan bilik air masing-masing agar nampak bersih.

Namun, lain pula dengan cerita 'seram' wanita ini di Twitter yang berkongsi situasi semasa dia sedang membersihkan bilik air rumahnya mendapat perhatian ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Terus campurkan dua bahan pencuci yang berlainan tanpa melihat label

Menerusi posting tersebut, seorang wanita berkongsi pengalaman yang ngeri terjadi pada dirinya semasa sedang membersihkan bilik air.

Difahamkan pada awalnya dia memang mahu membersihkan bilik air dan telah mencampurkan pencuci bilik mandi dengan peluntur.

Namun selepas saja dia mencampurkan kedua-dua bahan tersebut, dia tiba-tiba merasa sesak nafas kerana bau bahan berkenaan sehingga merebak ke satu rumah.

Kejadian itu membuatkan dia merasa panik dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mujur saja tiada apa yang serius berlaku pada dirinya.

"Masuk kecemasan terus kena ambil darah dengan drip ayaq sebotol. Alhamdulillah kena X-ray, keputusan takdak apa-apa. Sebenarnya kena masuk wad satu malam untuk pemantauan, tapi tolak sebab Naufal takdak sapa jaga. Memang tawakkal ja," tulisnya.

Tambahnya lagi, setibanya ke ruma barulah dia membaca penerangan pada botol pencuci tandas yang melarang agar tidak mencampurkan cecair tersebut dengan bahan peluntur atau kimia lain.

"Takut pula nak cuci toilet pakai 2 benda tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pandangan mereka mengenai perkara tersebut. Malah, ramai juga berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 18K retweets, 1,298 quotes tweets dan 14.8K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Allah, seram dengar cerita sis ni. Korang lain kali baca dulu okay arahan sebelum buat apa-apa :{

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: