seismik

Sampai Kena Jemput Naik Kereta, Jumpa Kucing Dekat Rumah Jiran Ini Buat Ramai Boleh Relate

Amboi, bukan main lagi kucing ni.

Cover image via @unajwaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan kegemaran ramai

Si bulus bukan sahaja comel, malah mereka juga sering menjadi sumber tawa ramai disebabkan gelagatnya yang pelbagai.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok ini di mana seekor kucing dijemput pulang menaiki kereta tuannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@unajwaa

Setiap hari melawat rumah jiran, kita pulak kena pergi jemput. Nasib baik sayang.

original sound - najwa - najwa

Tuan penat mencari, rupa-rupanya kucing melawat rumah jiran

Menerusi video yang dimuat naik oleh @unajwaa di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan sepasang suami isteri sedang berada di dalam kereta sambil mencari kucing mereka.

Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila kucing mereka dijumpai di rumah jiran. Ekoran itu, tuan kepada si bulus terus menjemputnya pulang ke rumah dengan menaiki kereta.

“Amboi, kucing zaman sekarang siap berjemput” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.1M views, 98.5K likes dan 1,018 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Balik rumah pun nak kena jemput sekarang. Pandai pula tu dia masuk kereta :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: