Sempena Deepavali, Ini Antara 7 Makanan Popular India Yang Jadi Kegemaran Ramai. Jom Cuba!
Panipuri tu sedap!
Musim perayaan Deepavali kini tiba lagi, pasti kawan-kawan India anda sibuk menyiapkan sajian untuk beraya bukan?
Tak meriahlah sesebuah perayaan kalau tak ada aneka hidangan yang enak-enak. Setiap hidangan tersebut juga melambangkan identiti kaum itu sendiri.
Begitu juga dengan perayaan Deepavali, banyak juadah yang wajib dihidangkan dan boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Jom kita lihat antara tujuh hidangan popular kaum India semasa perayaan Deepavali di bawah!
1. Murukku
Murukku adalah antara makanan tradisional masyarakat India yang popular di Malaysia. Sebut saja namanya, pasti ramai yang tahu dan pernah makan. Malah, murukku bukan saja menjadi makanan kegemaran semasa Deepavali, tetapi Hari Raya Aidilfitri pun ia dihidangkan juga tau.
2. Panipuri
Bagi peminat cerita Hindi atau Tamil, anda pasti pernah tengok makanan yang dinamakan Pani Puri ni. Ia merupakan salah satu makanan tradisi di India yang popular di sana. Rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Teksturnya juga rangup. Makan satu confirm tak cukup.
3. Laddu
Laddu adalah manisan berbentuk bola. Ia diperbuat daripada tepung, lemak sapi dan gula. Nama manisan ini berasal dari bahasa Sanskrit Lattika. Biasanya, laddu disajikan semasa majlis-majlis perayaan atau majlis keagamaan.
4. Tosai
Siapa je yang tak pernah makan tosai kan? Kalau lepak dekat kedai mamak, tosai adalah antara menu popular bagi ramai orang termasuk masyarakat Melayu. Ada tosai bawang, telur, rawa, ghee dan sebagainya. Tosai biasanya dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing atau kari ayam.
5. Uttapam
Uttapam adalah makanan khas dari India yang bentuknya seperti pancake. Ia lebih kurang tosai tetapi teksturnya lebih tebal. Namun, bukan semua kedai India dan mamak mempunyai hidangan ini.
6. Idli
Idli merupakan kuih yang juga berasal dari India. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti sanna, rave atau sambar idli. Ia oleh dimakan semasa sarapan pagi mahupun sebagai makanan ringan. Bahan utama untuk menghasilkan idli ini adalah vigna mungo dan juga nasi.
7. Nasi Daun Pisang
Nasi daun pisang merupakan antara makanan tradisi India yang masih kekal sehingga hari ini. Masyarakat India sering menggunakan daun pisang sebagai alas makanan sebagai pengganti pinggan. Nasi daun pisang ini dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, kari ikan mahupun daging, jeruk dan juga papadom.
Anda dah cuba kesemua makanan India dekat atas ni tak? Cuba komen yang mana satu anda paling suka. Happy Deepavali!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!