Tak Melenting Ibu Makan Gula-Gula Sampai Habis, Reaksi Budak Ini Buat Ramai Nak Menangis
Sweetnya, mesti sejuk hati ibu dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita tahu, gula-gula merupakan makanan kegemaran kanak-kanak
Rasanya yang manis sememangnya menjadi pilihan mereka kalau nak dibandingkan dengan sayur-sayuran. Pasti ramai yang sudah acap kali mendengar cerita mengenai kanak-kanak mengamuk jika ibu bapa tidak memberikan mereka gula-gula bukan?
Berbeza pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini berkenaan reaksi seorang budak lelaki apabila ibunya prank gula-gulanya habis telah membuatkan ramai tersentuh.
Lihat video penuh itu di bawah:
Walaupun ibu makan gula-gula sampai habis, tetapi anak tak marah langsung siap pujuk lagi
Menerusi video yang dikongsi oleh @rohazambakar, kelihatan seorang budak lelaki diberitahu oleh ibunya bahawa kesemua gula-gulanya sudah habis dimakan.
Dia pada mulanya tidak mempercayai apa yang diberitahu si ibu. Namun, dia termakan dengan cerita bahawa ibunya itu sangat lapar dan menghabiskan kesemua gula-gulanya semalam. Budak lelaki itu kelihatan sedih dengan apa yang didengarnya.
Si ibu pun berkali-kali meminta maaf kerana menghabiskan gula-gula tersebut. Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila budak lelaki itu langsung tidak marah malah cuba memujuk ibunya dengan berkata "Mommy, I'm not mad at you, it's okay".
"Mak dia cakap sorry dekat anak dia. Bukan semua parents boleh buat, nampak didikan parents dia bagus" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 900.4K tontonan, 156.4K tanda suka serta 4.3K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut tersentuh dengan reaksi budak lelaki itu bercakap lembut dan memujuk ibunya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: