seismik

Terlampau Obses Dengan Makanan Sihat. Tanpa Sedar, Anda Punyai Tanda 'Orthorexia Nervosa'

Sebab itu jangan terlalu obses dengan pemilihan makanan yang sihat.

Cover image via Hijab&Heels & Google

Hidup di Malaysia ini memang sangat bertuah. Mana taknya, pengaruh daripada setiap satu budaya yang ada memberikan anda pelbagai pilihan hingga sukar untuk dipilih.

Image via Wiffle Gif

Terutamanya bab makanan. Susah betul untuk dipilih.

Sebab itulah jika anda sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan, tabiat makanan yang baik sebenarnya adalah dengan menyediakan semuanya sendiri iaitu prep semuanya dari rumah dan dibawa ke tempat kerja atau ke mana-mana yang anda akan pergi.

Jimat pun jimat.

Tapi janganlah sampai pemilihan makanan pun menjadi sukar akibat habit anda yang jenis terlalu obses memilih makanan sihat

Image via Giphy

Tak bagus pula jika sudah sampai ke tahap ini.

Tahukah anda, jika sudah sampai ke tahap di mana anda terlalu memikirkan tahap sihat sesuatu makanan itu, anda mungkin sudah merosakkan diri sendiri secara mental atau fizikal?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Policy Street

Ya, benar.

Penyakit ini dipanggil 'Orthorexia Nervosa' iaitu satu keadaan di mana seseorang itu telah menjadi terlalu obses dengan makanan sihat sehingga menyangka pengambilan sesuatu makanan tidak sihat adalah sangat salah.

Malah, menurut seorang dietitian, Mohd Khairul Azuan, dia turut menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai masalah seperti ini 'fix' terhadap makanan sihat sehingga merosakkan diri mereka sendiri secara fizikal atau mental.

Mohd Khairul Azuan, Dietitian.

Image via Mohd Khairul Azuan/Facebook

Kalau boleh elak, elakkan ya. Jangan terlalu obses.

Dietitian ini turut berkongsi apakah tanda-tanda yang akan dihadapi oleh individu obses seperti ini, iaitu:

1) Memeriksa label makanan terlalu teliti sehingga perkara yang terlalu kecil ditakutinya.

2) Terlalu obses terhadap makanan sihat yang dibuat oleh orang lain.

3) Menunjukkan kadar stress yang berlebihan bila tiada makanan sihat untuk dimakan.

4) Kerisauan berkenaan berat badan kadang-kadang ada, dan ada yang tiada.

5) Membuang semua jenis makanan dalam diet yang dirasakan tidak sihat (semua gula, garam, minyak, sumber haiwan, sumber tumbuhan atau lain-lain) secara berterusan.

Di atas merupakan simptom yang selalunya akan ada pada individu yang menghadapi masalah ini. Namun begitu, Khairul turut menjelaskan bahawa tidak semua orang yang makan secara sihat adalah pesakit. 

Ini adalah antara segelintir daripada mereka yang dikatakan terlalu obses dan ia berbeza dengan mereka yang suka atau memang mengerti sepenuhnya apa itu makan secara sihat. Sebab itulah anda harus makan secara sederhana, seimbang dan pelbagai.

Rawatan untuk sindrom jenis ini masiih tidak jelas. Cuma dengan rawatan psikoterapi kerana ia salah satu dalam kategori 'obsessive-cumpulsive disorder'."
Mohd Khairul Azuan, Dietitian.

Hati-hati ya semua. Jangan sampai anda sampai ke tahap ini. Jika ada rakan-rakan seperti ini, anda juga boleh menyedarkan mereka untuk tidak terlalu obses.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah 2020, janganlah mudah percaya dengan perkara yang anda sendiri tidak pasti. Ok? :)

You may be interested in: