seismik

[TIPS] 5 Cara Mudah Penjagaan Kulit Wajah Supaya Tidak Kelihatan Kusam

Kini tidak lagi perlu takut dan tidak yakin!

Cover image via C & F Store

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesiapa sahaja pasti mahu kulit wajah yang berseri-seri dan sihat bukan?

Mempunyai penampilan menarik dengan kulit yang cantik seperti selebriti popular menjadi impian ramai orang. Ini kerana mempunya kulit kusam dan tidak bermaya boleh menjejaskan penampilan seseorang sehingga mengurangkan tahap keyakinan dirinya. 

Oleh itu, di sini kami akan membantu dengan memberi cara-cara mudah untuk menjaga kulit wajah supaya sentiasa kelihatan cantik dan bersinar. 

1. Guna pelembap

Image via Malay News

Pelembap merupakan item yang sangat penting. Anda disarankan untuk menyapu pelembap sebanyak dua kali setiap hari iaitu pada waktu pagi dan juga malam. Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada proses penuaan dan kedutan pada wajah berlaku sekaligus menangani kulit menjadi kusam. 

Pelembap yang digunakan juga perlu berlabel SPF yang tidak menyumbat liang-liang pori. Pastikan anda gunakan produk yang betul mengikut jenis kulit anda. 

2. Bersenam

Image via Majalah Sains

Kita pasti sering menonton transition video perubahan selepas bersenam dalam platform Tiktok bukan? Dan sudah semestinya kita dapat melihat perbezaan kulit wajah mereka yang ketara berubah iaitu menjadi lebih berseri dan semakin putih.

Iini kerana peluh yang keluar ketika bersenam mengeluarkan toksin dalam badan menyebabkan ia bukan sahaja memberi tenaga malah menukar kulit kusam kepada lebih bermaya.

3. Apply sunscreen

Image via Southern Living

Pemakaian sunscreen pada kulit wajah merupakan rutin setiap hari tidak kiralah anda berada di rumah atau hendak berjalan-jalan di luar rumah. 

Ini kerana tidak memakai skrin pelindung sinaran matahari dapat membuatkan muka anda kelihatan kusam. Caranya adalah sapukan menggunakan tiga jari setiap hari dengan SPF 50+ dan oleskan semula selepas dua jam jika anda berada di luar rumah.

4. Makan makanan yang sihat

Image via Suara.com

Setiap makanan yang diambil akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh dan kulit wajah. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan.

 Anda boleh cuba mengambil makanan yang mengandungi beta karoten seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mampu mengembalikan seri wajah sekaligus mempercepatkan proses kelembapan kulit dan juga membuang toksin dalam badan. Banyak kan manfaat buah dan sayur? Jadi, apa lagi jom amalkan setiap hari!

5. Cuci muka

Image via Hijabista

Mencuci muka secara teratur adalah perkara paling asas bagi mendapatkan kulit yang berseri sekaligus mengurangkan minyak di kulit wajah. Caranya adalah melakukan urutan lembut pada muka dan cucinya menggunakan produk yang sesuai pada waktu pagi dan malam. 

Mudah je kan cara-cara ini? Tidak perlu untuk membeli produk yang mahal, hanya guna produk yang sesuai dengan kulit wajah anda. Jom amalkan sama-sama!

Image via Gifer

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: