Lebih 4k 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi Tips Asing Duit Modal & Duit Untung. Barulah Betul!
Berniaga untuk mencari keuntungan, bukan untuk rugi. Jadi, boleh perlahan-lahan praktik formula ini. :)
Usahawan di luar sana perlu memastikan bahawa anda tidak terjerumus ke dalam perangkap bebanan hutang. Caranya adalah dengan menggunakan formula yang betul dan tepat untuk perniagaan anda.
Banyak jenama yang kini sudah mula untuk menawarkan vendor, stokis, ejen dan dropshipper untuk memperkenalkan sesuatu produk dengan lebih meluas.
Dengan adanya mereka ini, produk anda akan lebih laris terjual dan lebih dikenali ramai. Mana tidaknya, promosi yang dibuat oleh mereka ini selalunya memang besar-besaran dengan menggunakan platform digital marketing.
Namun, apa pula yang perlu dilakukan jika sales penjualan produk kian meningkat? Jangan tersalah langkah. Silap hari bulan, untung entah ke mana, modal entah ke mana.
Fikir dahulu sebelum menghabiskan duit anda untuk perkara yang tidak berfaedah ya.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter @asyrawiruslan tentang tips untuk mengasingkan duit modal dan duit untung. Memang terbaik kerana rata-rata usahawan memerlukan tips seperti ini.
Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 4 ribu retweets dan 6 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Ini merupakan penjelasan paling tepat tentang kepentingan adanya akaun semasa untuk setiap usahawan:
Tips ini sesuai untuk yang baru nak mula berniaga. Mungkin boleh membantu mereka yang belum ada pengetahuan tentang ilmu ini.
Pada permulaan sahaja rasa leceh sebab nak kena pergi SSM, pergi bank nak buka akaun. Lama lama korang akan nampak kenapa kena buat macam tu.
Mudah sahaja bukan?
Yang penting, jangan gunakan duit untung sekaligus. Tolak tepi dahulu apa yang patut supaya anda tidak mengalami kerugian.