seismik

"Jangan Pakai Cincin, Takut Cincin Pecah" - Lelaki Ini Kongsi Tips Teman Wife Dalam Labour

Biarkan si ibu genggam sekuat hati, jangan kisahkan sangat rasa sakit itu.

Cover image via Twitter @MILINAMILIN

Sakit ketika bersalin merupakan satu sakit yang sukar untuk dijelaskan. Hanya yang berpengalaman sahaja tahu bagaimana sakitnya rasa sebenar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wanista.com

Tidak dinafikan, sakit ketika bersalin adalah berbeza untuk setiap orang yang mengalaminya. Ada yang jenis boleh tahan sakit, ada yang langsung tidak boleh tahan dan sebagainya. Sebab itulah anda sering mendapat penjelasan berbeza buat setiap wanita yang baru melahirkan anak.

Menurut sumber The Asian Parent, penyebab utama sakit ketika bersalin terbahagi kepada beberapa faktor iaitu kekuatan kontraksi yang bertambah dari masa ke semasa, induce di mana kekuatan kontraksi menjadi lebih kuat, saiz bayi dan kedudukan mereka pada pelvik dan sebagainya.

Kesemua faktor tersebut apabila digabungkan akan menjadikan anda lebih sakit.

Sebab itulah pentingnya bagi suami untuk menjadi seorang yang lebih kuat ketika menemani isteri dalam labour. Biarkan saja mereka genggam tangan anda, jangan dikisahkan rasa sakit itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pa&Ma

Pengalaman tersebut turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu @MILINAMILIN ketika dia sendiri menemani isterinya di dalam labour. Memang penting bagi para suami di luar sana untuk mengetahui bagaimana cara untuk mengawal keadaan ketika si isteri sedang menahan sakit contraction.

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 13k retweets dan 9k likes. Baca penuh di bawah:

Menurutnya, ketika datangnya kontraksi, anda sendiri boleh jangkakan dengan melihat mesin yang terletak di sebelah katil isteri

Berikut merupakan nasihat/tips yang boleh digunakan ketika menemani si isteri dalam bilik labour. Sangat berguna!

Tips paling kelakar bagi mempercepatkan bayi untuk keluar, mungkin boleh bergurau senda dengan si isteri. Ia boleh memudahkan mereka, malah dapat mengurangkan rasa takut.

Bila semuanya sudah selesai, masa itu bolehlah si suami lihat sendiri tangan. Ada yang calar, ada yang sakit dan sebagainya. Hehe.

Untuk para ibu di luar sana, anda memang terbaik!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Buat wanita mengandung di luar sana, baca sini:

You may be interested in: