Tukang Keranda Jadi Jutawan Sekelip Mata Lepas 'Batu Meteorit' Jatuh Atas Bumbung Rumah
Bila 'rezeki' jatuh atas bumbung.
Seorang tukang keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas satu bongkah batu didakwa meteorit jatuh menembusi bumbung rumahnya
Menerusi sumber, lelaki yang dikenali sebagai Josua Hutagalung ketika itu sedang berada di dalam rumahnya semasa kejadian tersebut berlaku.
Batu meteorit itu dipercayai terhempas di atas bumbung rumahnya sebelum ia menembusi dan jatuh ke dalam bahagian rumah.
Batu meteorit yang terhebat pernah ditemukan
Josua memberitahu ketika itu dia sedang bertukang dan menyiapkan tempahan keranda di depan rumah.
Dia kemudian terdengar bunyi hentakan kuat yang turut menggegarkan rumahnya seperti bagai ada sebuah pokok yang tumbang.
Tambahnya, pada awalnya batu itu agak panas untuk dialihkan namun, dia dan isteri menggunakan cangkul untuk mengangkatnya.
Setelah diperiksa oleh pakar, batu tersebut dipercayai berusia 4.5 bilion tahun dan merupakan salah satu meteorit yang terhebat pernah ditemukan.
Ditawarkan wang oleh pengumpul sehingga RM7.6 juta
Jelas Josua, dia sudah menjual batu seberat 2.2 kilogram itu kepada seorang pegumpul setelah ditawarkan wang berjumlah kira-kira RM7.6 juta.
Dia juga berhasrat untuk membina sebuah gereja di kampungnya menggunakan duit tersebut.
Sementara itu, pembeli batu berkenaan yang juga pakar batu angkasa Jared Collins memberitahu dia terdorong untuk membeli batu tersebut, untuk bekerjasama dengan saintis dan pengumpul di AS.
Collins kemudiannya membawa batu angkasa itu ke AS dan ia dibeli oleh seorang pengumpul dan batu itu kini ditempatkan di dalam kotak penyimpanan cecair nitrogen di Pusat Pengajian Meteor Universiti Kebangsaan Arizona.