seismik

Tular Pengemis Wanita Ini Minta Sedekah Tepi Kereta, Tapi Kecantikannya Pula Jadi Fenomena

Muka boleh jadi model!

Cover image via @kylietot21 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Isu pengemis meminta sedekah kepada orang awam terutamanya di tepi kereta sudah tidak asing lagi

Mereka hanya mengharapkan secebis wang ringgit untuk mengalas perut yang lapar. Lebih kasihan lagi jika ada yang membawa anak bersama mereka ketika meminta sedekah.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman pengemis wanita yang meminta sedekah di tepi kereta seorang lelaki telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menempel tepi kereta minta sedekah, tapi muka cantik pula jadi tarikan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kylietot21, kelihatan pengemis wanita itu sedang mengetuk tingkap keretanya untuk meminta sedekah.

Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila wajahnya yang cantik menjadi fenomena di ruangan komen.

Ramai mengatakan mukanya sangat cantik dan boleh menjadi model antarabangsa.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih sehingga 6.7M tontonan, 286K tanda suka dan 2.4K perkongsian di TikTok

Rata-rata netizen memuji kecantikan pengemis wanita itu sehingga ada yang risau akan keselamatannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mana tahu kot-kot kuasa viral boleh mendatangkan rezeki dekat dia satu hari nanti kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: