seismik

[VIDEO] Cara Gadis Ini Balas Perangai Anggota Beruniform Gatal 'Win' - "Terpaling Komando"

Tak ada kerja lain ke abang tu.

Cover image via @ailaa.z (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kaum perempuan yang lebih banyak diganggu oleh kaum lelaki

Tidak kiralah di mana saja kita berada, malah di tempat yang dipenuhi orang awam. Kita boleh menjadi mangsa gangguan mereka.

Disebabkan itulah kita perlu lebih peka terhadap sekeliling dan lebih berhati-hati. Elakkan juga daripada berjalan seorang diri.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis sempat merakam perangai seorang anggota beruniform yang 'mengacaunya' sewaktu bekerja.

Dakwa sering dikacau oleh anggota beruniform semasa bekerja

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis berkenaan semasa itu sedang bekerja. Difahamkan, dia bekerja dibahagian kaunter dan perlu melayan pelanggan.

Namun, sewaktu itu dia didatangi seorang lelaki yang bekerja sebagai anggota beruniform. Lelaki tersebut dilihat mengacau dan mengusik gadis itu. Dia dilihat memuji-muji gadis berkenaan dan seperti mahu cuba berkenalan dengannya.

Lebih menarik perhatian adalah gadis itu dilihat dengan berani melawan kata-katanya dan menunjukkan tidak minatnya untuk berkenalan dengan lelaki tersebut.

"Ragam Customer terpaling Komando. Btw, Kebanyakan anggota memang begini ke perangainya dengan perempuan? Ingat perempuan suka agaknya," tulisnya.

"Takutlah. Kalau aku dah nangis dah ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 90K likes dan 4,265 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@ailaa.z

Ragam Customer Terpaling Komando Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya

original sound - Aila

Orang tu dah kata tak nak pun sibuk lagi kacau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: