seismik

[VIDEO] "Dia Pun Nak Join" - Kucing Heret Sejadah Nak Solat Sekali Tarik Perhatian Ramai

Pandainya dia!

Cover image via Kiki Cekodok (Facebook)

Bila sebut saja tentang kucing, pasti ramai yang pernah melihat aksi dan telatah si comel ini yang sering mencuit hati di laman media sosial

Para pencinta kucing juga tentu sudah biasa untuk berkongsi aktiviti seharian mereka bersama haiwan ini. Ada saja telatah comel dan cair apabila melihat haiwan ini yang dapat menghiburkan hati.

Sama juga seperti aksi kucing ini apabila videonya mengheret sejadah untuk solat bersama tuannya menjadi viral.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Buka Review

Heret sejadah sampai masuk bilik nak solat bersama

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor kucing berwarna hitam sedang berjalan dari luar dan menuju masuk ke dalam bilik tuannya sambil mengheret sehelai sejadah.

Difahamkan semasa itu, tuannya sedang mempersiapkan diri untuk sembahyang dan tidak menyangka kucing berkenaan tiba-tiba muncul seolah-olah mahu solat bersama.

Duduk paling depan konon nak jadi imam

Apa yang lebih melucukan adalah apabila kucing tersebut dengan selamba duduk di depan tuannya seperti mahu menjadi imam.

Namun, orang yang merakam video itu dengan tegas menyuruh haiwan berkenaan untuk berada di belakang supaya tidak mengganggu solat tuannya.

Lihat video penuh ini di bawah:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut mengakui terhibur melihat video berkenaan dan memuji kepintaran kucing itu

Bijak sungguh ya kucing ini, siap ajak solat sekali tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: