seismik

[VIDEO] Digelar 'Kwang Soo Malaysia', Netizen Minta Lelaki Ini Masuk Running Man

Sekali pandang adalah sama sikit.

Cover image via @didiyzaidy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau anda peminat rancangan terkenal di Korea iaitu Running Man, sudah pastinya anda mengenali Lee Kwang Soo bukan?

Baru-baru ini, Kwang Soo atau pun lebih dikenali sebagai zirafah telah meninggalkan rancangan kegemaran ramai itu dan membuatkan penonton sedih.

Hal ini kerana dia merupakan salah satu peserta favourite dan sifatnya yang kelakar sering menghiburkan para penonton.

Namun, tular di laman TikTok beberapa minggu lalu apabila seorang lelaki di Malaysia mencuri tumpuan ramai gara-gara wajahnya dikatakan mirip Kwang Soo. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@didiyzaidy

Reply to @user040911040506 Mosquito dance?

Go Down on You - The Memories

Cuba buat mosquito dance macam Kwang Soo, tak sangka ramai cakap sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @didiyzaidy, dia kelihatan menjawab komen daripada netizen yang mengatakan “abang Kwang Soo kita dah femes siak, I remember video airdrop”.

Dia kemudian dilihat cuba membuat tarian seperti Kwang Soo iaitu mosquito dance. Pada akhir video, dia menyelitkan aksi Kwang Soo dan sekali gus membuatkan ramai mengakui persamaan wajah mereka.

"Bang dah boleh ganti Kwang Soo dah lepas ni" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 532K views, 64.5K likes dan 765 shares di Tiktok, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat mereka mengatakan lelaki itu adalah Kwang Soo versi Malaysia.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Patutlah orang kata dalam dunia ni kita ada tujuh pelanduk serupa. Mungkin ini salah satunya kot :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: