seismik

[VIDEO] Idea Luar Kotak, Sekolah Ini Siap Buat Sesi Ice Breaking Dengan Mak Cik Kantin

Wah, semua sekali dia perkenalkan.

Cover image via @ckzlinazali (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, sesi persekolahan baru saja bermula beberapa hari lepas

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bagi murid tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan mereka bagi sesi akademik tahun 2023/2024.

Kebiasaannya, sesi perkenalan sesama murid di dalam kelas itu adalah perlu bagi mengetahui nama dan latar belakang masing-masing.

Namun, berbeza pula dengan sebuah sekolah ini apabila mereka membuat sesi berkenalan bersama mak cik-mak cik kantin telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ckzlinazali minggu ni ice-braking makcik kantin pun murid kena kenal kot tertukar ngan cikgu..sume gojes gojes#bactoschool#2023#firstday bunyi asal - mariana

Siap pegang sepanduk perkenalkan nama masing-masing

Menerusi video tersebut, kelihatan sekolah itu sedang mengadakan sesi suai kenal bersama mak cik-mak cik kantin sekolah kepada murid-murid.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan memegang sepanduk yang bertulis nama mereka.

Malah, seorang demi seorang dilihat datang ke hadapan menunjukkan diri mereka.

"Bagus macam ni saya sampai dah habis sekolah. Tak tahu nama acik kantin" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dan memberikan pelbagai reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 390.8K views, 20.8K likes dan 1,372 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kita ni sampai kesudah tak tahu nama mak cik kantin sekolah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: