seismik

[VIDEO] "Kelam Kabut" - Abang Courier Terpaksa Panjat Pagar Gara-Gara Diserang Anjing

Kesian abang itu ketakutan!

Cover image via @teacherfara94 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkhidmatan courier kini telah menjadi satu servis yang penting

Hal ini disebabkan ramai dalam kalangan kita yang suka membeli barangan online. Iyalah, lebih mudah dan jimat masa. Kadang, harga juga lebih murah jika dibandingkan. 

Pernah tular sebuah video di TikTok dulu apabila seorang abang courier panjat pagar sebab diserang anjing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@teacherfara94

kesian abang J&T tu..xpasal2 kena kejar dengan anjing..kelam kabut panjat pagar..kawan dia gelak ya allah sabar jela ..#fyp #hahahahahaha#haatepuk

original sound - fara1094

Takut sangat sampai panjat pagar, kawan pula mengekek dalam kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang courier sedang menghantar parcel ke sebuah rumah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebaik saja abang itu turun daripada keretanya, dia diserang anjing liar sehinggakan dia dilihat panjat dan melompat ke pagar tuan rumah. Lebih melucukan lagi, kawannya dilihat mengetawakan sambil mengekek dalam kereta.

"Member jahat betul, mentang-mentang anjing tu tak masuk dalam kereta" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelak tawa rakan abang itu. Malah, ramai yang bersimpati dengan nasib abang tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 747K tontonan dan 50K tanda suka di TikTok. Video ini juga telah dimuat naik dan viral di Instagram.  

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Sakan dia gelak ya, jahat betul member dia! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: