seismik

[VIDEO] Pernah Selisih Faham, Reunion TikTokers Di Tanah Suci Mekah Ini Buat Ramai Nangis

Alhamdulillah. Tumpang seronok!

Cover image via @rozyanaroslan2 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pengguna setia TikTok, sudah tentu ramai yang mengenali Rozyana, Sally dan Kak Dino bukan?

Mereka adalah antara TikToker terawal yang mendapat tempat di hati warganet melalui TikTok sejak dua tahun lepas gara-gara video make up dan gelagat yang sering mencuit hati. Senang cerita, memang trio ini yang diminati ramai sebab keakraban mereka seperti adik-beradik.

Namun, persahabatan mana yang tidak pernah dilanda dugaan. Difahamkan, mereka pernah ada perselisihan faham dan tidak bertegur berbulan-bulan. Tetapi, masing-masing bersikap professional dan tidak pernah membuka mulut tentang apa yang terjadi.

Baru-baru ini, tular pula video memaparkan Rozyana dan Sally berbaik semula semasa melakukan umrah telah membuatkan ramai sebak.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah lama tak jumpa, akhirnya semula di tanah suci hasil plan kawan-kawan terdekat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rozyanaroslan2, kelihatan dia sedang berada di salah satu ruang rehat bersama kawannya iaitu Sayuti.

Apa yang mencuri tumpuan dan membuatkan ramai mengalirkan air mata adalah apabila mereka memanggil Sally untuk masuk ke dalam video itu sekali. Sebaik saja Sally datang, mereka terus berpelukan dan kelihatan sangat gembira kerana akhirnya berbaik semula setelah sekian lama tidak bertegur.

Lebih menyentuh hati, rupa-rupanya reunion itu telah dirancang oleh kawan-kawan terdekat mereka yang diketuai oleh usahawan kosmetik Anas Zahrin dan founder produk Cubre Mi.

Lihat video lain di bawah:

@anaszahrin

Ya Allah, takbir! Syukurrrr!!!!!!!!!! @Rozyana Roslan @Sallyforshort #ANASkongsirezeki #ANASUmrah2022

original sound - ANAS® - ANAS®
@anaszahrin

Biar masa menentukan segalanya. Terima kasih ya Allah atas segala macam kebaikan #ANASkongsirezeki #ANASUmrah2022

suara asli - Mrs.attitude - queen giypray

"Ya Allah nangis aku bila time diorang berpeluk tu. Nampak yang diorang betul-betul rindu antara satu sama lain" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah sehingga 3.3M views, 560.2K likes dan 11K shares di TikTok, rata-rata warganet turut sebak dan tumpang gembira buat mereka.

Malah, ramai yang mendoakan agar persahabatan mereka kembali erat seperti dulu. Tidak lupa juga, warganet berterima kasih kepada Anas Zahrin kerana berjaya menyambungkan semula silaturrahim Rozyana dan Sally di tanah suci Mekah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Hmm, dengan min sekali sebak tengok video-video diaorang ni. Semoga friendship korang kekal sampai bila-bila okay! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: