seismik

[VIDEO] Ramai Terkena Beli PC Mahal Dapat Specs Lama - "Kena Selalu Check Sebelum Beli"

Jelas penjelasan brother ni.

Cover image via @kirintello (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang masih terkena membeli PC dengan harga cecah RM3,000 tapi dapat specs yang lama

Itulah yang dikongsikan @kirintello menerusi sebuah video penjelasan tentang isu ini menekankan bagaimana orang ramai yang terkena tidak berhati-hati dalam membuat pembelian.

Menerusi video berkenaan, dia mendedahkan perkara tersebut berlaku apabila pelanggan dikaburi dengan specs yang ditayang dilihat seakan-akan specs yang terkini.

Perkara ini ditambah lagi dengan promosi mereka yang menayangkan bagaimana komputer yang dijual mampu menampung permainan-permainan video terkenal di samping aspek kosmetik yang menarik membuatkan pelanggan tertarik untuk membelinya.

Penjelasan ringkas bagaimana untuk memeriksa specs PC tanpa terkena terbeli specs lama dengan harga yang mahal

Dalam video penjelasan itu ada menyebut bahawa hampir semua gen processor ada Intel Core i3 sehinggalah i9.

Jadi untuk tahu processor anda itu generasi keberapa, anda perlu melihat nombor pertama pada processor yang ditawarkan.

Sebagai contoh, i7 3770 dan nombor 3 tersebut itulah yang menunjukkan bahawa processor tersebut merupakan dari generasi yang ketiga.

Tambahnya lagi dalam video tersebut, generasi yang terbaru pada tahun 2024 ini ialah i7 14700 yang bermaksud generasi ke-14 dan menggambarkan betapa jauhnya jarak antara dua generasi processor tersebut.

Tonton video penjelasan penuh di sini:

@kirintello hati2 membeli pc used. selalu check harga market. google je versi cpu dan specs pc tu sure kluar harga. kadang harga yg di letak tu x masuk akal langsung. ramai yg 0 knowledge terkene. tu la target audience depa. chill. ni kedai yg legit. @ctrlpc.co @racuntech @usintech.pc mahal sikit xpa. better build baru dari tertipu. #pcgaming #pcbuild #usedlaptop #scammer original sound - kirintello

Sayang beli mahal-mahal dapat specs lama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: