seismik

[VIDEO] "Sakit Wei" - Wanita Baru Nak Bergambar Dengan Unta, Sekali Lain Pula Yang Dapat

Aduh, tak pasal-pasal mendapat.

Cover image via @huriyew22 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita pergi ke zoo atau tempat ternakan haiwan, pasti ada masa mereka akan membuka peluang untuk kita cuba sendiri memegangnya bukan?

Contohnya seperti ular, arnab dan sebagai. Satu pengalaman yang pasti tidak boleh kita lupakan kerana dalam pada masa yang sama kita dapat melawan dengan ketakutan kita.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita ditepis semasa berada di kandang unta telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@huriyew22 Deve beni Allahıma kavuşturuyordu #fyp #akım #ohno original sound - maralovepets

Kena tolak dengan unta masa nak bergambar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah zoo dan mahu bergambar dengan seekor unta.

Namun, semasa dia sedang memegang dan memeluknya, secara tiba-tiba kepala unta itu menepisnya menyebakan dia terjatuh. Situasi itu membuatkan dia terkejut dan menunjukkan reaksi sakitnya akibat daripada itu.

"Sakit dapat, malu dapat. Kesian dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi kesian mereka selepas melihatnya. Malah, ada juga yang merasakan ia agak kelakar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.5M views, 243.9K likes dan 7,019 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dengan kita-kita sekali terkejut. Sakit tu oi kak, okay ke tak? :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik