seismik

[VIDEO] "Siap Berak Lagi" - Biawak Selamba Tumpang Rumah Lepaskan Hajat Ini Curi Tumpuan

Suka hati dia je!

Cover image via @mektie_super (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Kebiasaannya, haiwan seperti biawak akan dijumpai di tasik ataupun hutan

Tidak dinafikan jika kita terjumpa biawak di dalam rumah, sudah tentu pasti kita akan menjadi cemas dan takut bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seekor biawak ditemukan di dalam rumah sehingga siap melepaskan hajat telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terjumpa biawak besar di dalam rumah, cemas panggil adik-beradik

Menerusi video berkenaan, kelihatan seekor biawak besar telah dijumpai dalam sebuah rumah. Biawak itu sempat dirakam oleh tuan rumah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila biawak tersebut dilihat sempat melepaskan hajat di rumah itu. Lebih melucukan lagi apabila mereka semua rasa geram kerana biawak itu selamba berak di situ yang memaksa mereka membersihkannya. 

Dengan video yang berkapsyenkan 'biawak tak ada akhlak' itu telah mengundang pelbagai komen netizen. 

"Pergi ambil sushi cepat pastu cecah , rasa macam wasabi" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan video itu. Malah, ramai yang menyakat mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.4M tontonan, 146K tanda suka dan 5K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Jenuh nak bersihkan tu ya, tak pasal-pasal dapat hadiah! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: