seismik

[VIDEO] "Trauma Budak Tu" - Bapa Sengaja Sakat Anak Beri Susu Badan Ini Undang Ketawa

Kesian awak ya dik.

Cover image via @teeyaathirah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti ada kalanya mahu menyakat anak-anak mereka sebagai hiburan bukan?

Telatah dan perangai mereka ini buatkan kita geram dan kadangkala pening kepalanya dibuatnya. Ada masanya menyakat mereka itu dapat menghilangkan rasa bosan kita.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki menyakat anaknya dengan memberikan 'susu' badan telah mengundang ketawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@teeyaathirah

Bongok sokmo ddy dia kesian adik sokmo kena ngenat ngan daddy

original sound - Tengokapatu?

Sakat beri 'susu' badan nak tengok reaksi anak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta bersama anak dan isterinya.

Namun, selepas itu dia sengaja membuka bajunya dan memberikan 'susu' badannya hanya cuma mahu melihat reaksi si anak.

Si anak pula gigih untuk menghisapnya membuatkan dia tergelak dan merasa geli lalu terus mengangkat anaknya itu.

"Trauma budak tu nanti bang, masin dia kata dalam hati" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat keluarga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 642.2K views, 43.5K likes dan 1,881 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak dik, awak silap susu tu. Tak pasal-pasal kena scam :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: