seismik

[VIDEO] Wanita Ini Jadi Inspirasi Buat Warganet Selepas Hadiahkan Ibunya 'Cash' RM25,000!

Siapa lagi nak bahagiakan mak ayah kalau bukan kita kan?

Cover image via @sugardollbynn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa merupakan tunggak utama kejayaan kita kerana tanpa doa dan restu daripada mereka, sudah tentu urusan hidup kita tidak diberkati

Sebagai anak, kita haruslah membalas jasa mereka apabila kita mampu. Namun, sebesar mana pun jasa yang dibalas, ia tetap tidak mampu menandingi pengorbanan mereka yang telah membesarkan kita untuk menjadi seorang manusia.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita menghadiahkan duit cash RM25,000 kepada ibunya mendapat perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sugardollbynn

We cant choose our parents, but sure we can be a good daughter. Cus the choice is ours. Appreciation comes first! Good luck mak! ##fyp ##mommydaughter

Hanya Rindu - Andmesh

Buat kejutan bagi RM25K dekat ibu sempena hari jadi

Menerusi perkongsian video daripada Nabilah Nazib, dia telah memberikan kejutan hari jadi buat ibu tercintanya dengan menghadiahkan RM25,000 secara tunai.

"It's my mom's birthday! Sorry mom, becausi I was a bad daughter. And now, when I have the money, I rarely have the time for you"

"She has a dream, to win lucky draw in SSP BSN. That's why I'm giving her some, for her to deposit it in. Can we please pray for her luck and rezeki this time?" katanya.

"You inspire me kakak! I really want to give everything that can make my mom happy. Proud of you sis" - Warganet

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang memuji tindakannya membuat si ibu gembira. Malah, ada juga yang berpendapat dia sengaja ingin menunjuk kekayaannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 425.1K views, 37K likes serta 351 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa-apa pun fikir positive je. Semoga satu hari nanti kita pun dapat bahagiakan ibu kita macam ni juga :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: