Viral Puluhan Kampit Beras, Tepung & Sardin Dibakar & Dibuang Begitu Saja Macam Sampah
Sayangnya buang macam itu je.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras dibuang di kawasan pembuangan sampah
Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum.
Bukan saja beras, malah tin sardin dan tepung juga dibuang di tempat pelupusan sampah tersebut.
Seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Menurutnya, semua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu. Namun, sehingga kini belum ada pihak yang tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.
Selepas kejadian itu menjadi tular, lebih buruk lagi ada pihak yang mengambil tindakan membakar barangan tersebut.
Berdasarkan maklumat daripada sumber, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak setelah disimpan terlalu lama.
Difahamkan, gambar itu mula menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga TikTok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!