seismik

Wanita Ini Bengang Orang Main Letak Pamplet Dekat Cermin Kereta Buat Ramai Boleh Relate

Kalau kereta baru lagi naya.

Cover image via @amieraanuwar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anda pasti sering nampak atau pernah menghadapi situasi di mana terdapat pamplet iklan di cermin kereta bukan?

Tidak dinafikan, itu adalah salah satu cara marketing kedai-kedai di luar sana untuk mempromosikan barangan atau makanan mereka.

Namun, mereka juga perlu mempunyai common sense dan tidak sesuka hati meletakkan pamplet di cermin kereta orang. Nak-nak lagi jika kualiti kertas yang digunakan adalah murah dan susah untuk ditanggalkan.

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang wanita naik bengang apabila dia mendapati sehelai pamplet promo Ramadan terlekat di cermin keretanya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amieraanuwar

Jangan letak kat cermin lah! Sakit jiwa sebab dia melekat harey!

original sound - Amiera Anuwar

Panas hati tengok pamplet promo Ramadan tak boleh tanggal dari cermin kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amieraanuwar, kelihatan dia baru saja sampai di keretanya dan mendapati terdapat sekeping pamplet promosi Ramadan sebuah restoran.

Apa yang membuatkan dia naik marah adalah apabila kertas pamplet itu melekat di cermin depan keretanya. Walaupun cuba untuk mencabut, pamplet itu tetap melekat dan meninggalkan kesan di cermin tersebut.

"Aku nak marah ni, kau nampak cermin aku. Eh bodoh betul la, lain kali jangan letak kat sini abang-abang akak-akak kalau nak menjual pun. Hujan, habis! Eee geramnya aku!" katanya.

"Sebab tu patut letak kat handle kereta. Respect yang buat macam tu. Kalau tak hujan sekali pun kalau cuaca panas terik boleh jadi macam ni. Geram betul" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapati 1.1M tontonan, 66.3K tanda suka dan 351 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa geram melihat sikap individu yang selamba meletakkan pamplet di cermin kereta orang tanpa memikirkan kesan akibat sikap mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haih, tak pasal-pasal buruk jadinya cermin kereta orang lain. Jenuh juga nak hilangkan kesan kertas melekat tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: