Dr Amalina Minta Neelofa Jelaskan Khasiat Susu Nilofa Yang Konon Dapat Kurangkan Obesiti
Harap-harap Neelofa sendiri akan tampil dengan penjelasan mengenai isu ini.
Baru-baru ini telah tular di media sosial di mana ramai mempersoalkan tentang susu pisang keluaran Neelofa yang diberi nama Nilofa
Susu tersebut juga dikatakan telah terkenal di Korea dan kini semakin dipersoalkan kerana produk ini dikatakan mampu untuk mengurangkan obesiti dan memberikan khasiat-khasiat yang tidak tepat untuk pengguna.
Benarkah?
Image via Nilofa HQ
Bukan setakat itu sahaja, susu pisang tersebut juga telah diperkatakan mempunyai pelbagai khasiat yang tidak tepat. Antaranya adalah ia mampu untuk mengurangkan obesiti, membantu merendahkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kadar metabolisma, membuang toksik dari dalam badan dan sebagainya.
Rata-rata menganggap bahawa setiap apa yang diiklankan itu adalah palsu kerana menurut mereka, tidak mungkinlah produk susu pisang yang mengandungi gula yang tinggi ini dapat memberikan khasiat sedemikian.
Image via Nilofa HQ
Warganet turut menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap isu false advertising susu pisang ini di media sosial.
Isu minuman susu pisang jenama Nilofa ini turut meraih perhatian Dr Amalina Bakri yang juga tampil menyuarakan pendapatnya
Dalam tweet yang dikongsikan oleh Dr Amalina itu, dia menyeru supaya Neelofa tampil untuk memberi penjelasan mengenai susu pisang yang semakin tular ini. Ini kerana ramai orang yang meragui khasiat sebenar produk susu pisang tersebut sehingga dicop sebagai iklan yang melampau dan memberikan informasi salah kepada pengguna.
Pendapat Dr Amalina turut disokong padu oleh warganet yang juga ingin tahu tentang penjelasan sebenar isu ini. Malah, ada juga diantara mereka yang menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan perkara ini.
Di bawah merupakan antara suara-suara warganet yang turut membantah cara pengiklanan susu pisang ini:
Mungkin Neelofa sendiri perlu tampil untuk memberikan penjelasan bagi memastikan ketegangan isu ini akan berakhir dengan baik. :)
Image via Nilofa HQ
Dr Amalina ini sememangnya idola ramai orang. Salute!
Baca juga perkongsian menarik lain tentang beliau di bawah:
Leave a comment