makan

Lebih 2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Arab Paling Mudah. Lagi Sedap Dari Kedai!

Jom hasilkan hidangan Nasi Arab yang enak dan 'simple' ini!

Cover image via Dila Noordin

Nasi Arab sememangnya hidangan timur tengah yang digemari orang ramai kerana rasanya yang penuh dengan rempah ratus. Memang lazat!

Hidangan Nasi Arab ini mudah sekali untuk disediakan di rumah kerana menggunakan bahan-bahan yang murah dan senang untuk didapati. Hidangan ini juga sesuai jika anda mahukan sesuatu yang unik dan lain dari biasa. Memang dijamin puas hati! Jom cuba? :D

Untuk resepi Nasi Arab yang mudah dan confirm lazat, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Dila Noordin yang telah mendapat sebanyak 2.2k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan rebusan ayam

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kepada dua bahagian)
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 1 biji cili hijau (dibelah empat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu jintan manis biji
  • 1/2 sudu biji ketumbar
  • 1/2 sudu lada hitam biji
  • Garam secukup rasa
Bahan perapan
  • Serbuk kunyit
  • Madu
  • Garam
Bahan tumis nasi
  • Minyak sapi (mentega atau minyak masak juga boleh digunakan)
  • 2½ cawan beras basmati (direndam)
  • ½ sudu biji ketumbar
  • ½ sudu jintan manis
  • ½ sudu lada hitam
Bahan sambal
  • 3 batang cili besar merah
  • 3 cili padi merah
  • 1 biji tomato
  • Daun ketumbar
  • Gula dan garam secukup rasa
Bahan salatah (sayur)
  • 1 biji timun (biji di tengah dibuang dan dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang besar (diracik halus)
  • Garam secukup rasa
  • ½ lemon (diperah jus)

Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Masukkan semua bahan-bahan rebusan ayam ke dalam periuk. Pastikan ayam tenggelam di dalam air.

2. Rebuskan selama 30 minit.
3. Sementara ayam direbus, gabungkan bahan-bahan perapan dan gaul sehingga sebati.

4. Angkat ayam dan lumurkan ayam yang telah direbus dengan bahan perapan. Rehatkan ayam dan simpankan air rebusan ayam untuk nasi.
5. Kemudian, tumiskan bahan tumis nasi sehingga naik bau.

6. Masukkan nasi dan kacau selama 1 minit. Pindahkan nasi ke dalam periuk nasi.
7. Seterusnya, masukkan ayam yang telah direbus dan air rebusannya. (Sukatan air rebusan sama seperti memasak nasi biasa)
8. Taburkan daun ketumbar di atas ayam untuk menaikkan lagi aroma.

9. Kemudian, sediakan sambal dan sayur. 

10. Gaulkan semua bahan untuk sayur dan masukkan jus lemon dan garam.

11. Untuk sambal pula, kisarkan semua bahan-bahan dan masukkan garam dan gula.

Apabila Nasi Arab sudah siap, inilah hasilnya. Mudah, lazat dan aromatik. Memang berbunyi perut dibuatnya!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi ayam yang best di sini:

Jom cuba banyak lagi resepi ayam viral ini:

You may be interested in: