seismik

'30 Hari, 30 Menu' - Khairul Aming Kembali Sediakan Resepi Juadah Berbuka Ramadan Ini!

He's back. Yay!

Cover image via Google

Untuk peminat tegar Khairul Aming, pasti anda tahu bahawa tahun ini merupakan tahun ketiga dia telah aktif memberikan idea serta resepi menarik sebagai menu juadah berbuka puasa

Khairul Aming.

Image via Pinterest

Pemuda berusia 27 tahun yang memiliki sebanyak 2.2 juta pengikut di laman Instagram @khairulaming telah mengumumkan bahawa dia kini kembali dengan segment wajib setiap tahun bermula pada 2018 iaitu 30 Hari 30 Resepi Sepanjang Ramadan.

Paling menarik, ramai juga yang tertunggu-tunggu untuk Khairul berkongsikan resepi-resepi juadah berbuka puasa ini.

Ternyata idea-idea kreatif Khairul Aming telah berjaya meraih perhatian orang ramai. Terutamanya, kaum wanita yang bakal menyediakan juadah berbuka puasa di rumah.

Kalau anda tak nak ketinggalan, boleh turn on notifikasi untuk setiap perkongsian yang bakal dimuat naik oleh Khairul Aming nanti.

Hari ini, 24 April 2020 merupakan hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadan. Dan seperti yang dijanjikan, menu pertama oleh Khairul Aming untuk bulan ini adalah Air Sagu Gula Melaka

Jangan risau, berbaki lagi 29 hari untuk kita berpuasa ini, boleh pilih resepi mana yang anda tertarik untuk dijadikan juadah berbuka puasa bersama keluarga, ok? :)

Image via Pinterest

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: