5 Tahun Tunggu Kehadiran Cahaya Mata, Wanita Ini Dedah Perjalanan Rawatan Yang Dibuat

Sabar itu indah. :)

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pastinya ingin melengkapkan lagi keluarga dengan kehadiran cahaya mata. Ianya juga merupakan salah satu rezeki terbesar dari Tuhan.

Maklumlah, anak itu merupakan kiriman Tuhan untuk dijaga, dididik dan dipelihara oleh ibu bapa mereka.

Tanggungjawab yang begitu besar dan memerlukan pengorbanan setiap pasangan. Tambahan pula, kehadiran cahaya mata juga bakal menyerikan lagi rumahtangga yang telah dibina.

Percayalah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majalah Pa&Ma

Namun, bagaimana pula dengan pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin?

Mungkin mereka masih belum bersedia atau mungkin juga belum ada rezeki.

Anda masih ingat tentang video yang viral di media sosial ketika seorang isteri yang membuat kejutan untuk suami tercinta dengan sebuah kotak berbentuk hati?

Kejutan itu juga telah membuatkan suaminya berderai air mata.

Apa yang ada di dalam kotak tersebut? Lihat video penuh di bawah:

Posted by Nur Fitri Damia on Tuesday, November 13, 2018

Terharu tak jika anda seorang suami yang sudah lama menantikan momen seperti ini? Memang sedih tak terkata...

Perkongsian tentang perjalanan dan penantian cahaya mata selama lima tahun itu juga telah pun ditulis dan dikongsikan di laman Facebook.

Baca penuh di bawah:

"Syukur Alhamdulillah, 'kotak' itu sudah pun selamat berada dipangkuan suami dan isteri tersebut..."

Sesungguhnya penantian selama lima tahun itu akhirnya telah memberikan rezeki yang amat besar dan bermakna buat kedua-dua pasangan ini.

Pada 27 September 2018, puteri sulung pasangan ini telah dilahirkan dan diberi nama Delima Nur Lailasari Binti Mohd Safiy Hafifi Mohamad.

Delima Nur Lailasari Binti Mohd Safiy Hafifi Mohamad.

Image via Nur Fitri Damia / Facebook

Bayi yang begitu comel, sama seperti namanya.

Namun, ramai juga yang ingin tahu tentang perjalanan rawatan yang dibuat selama lima tahun oleh pasangan tersebut untuk mendapatkan cahaya mata yang comel ini

Jika anda ingin tahu, baca perkongsian penuh di bawah:

Kesimpulannya adalah kesabaran yang tinggi dan juga sokongan daripada pasangan masing-masing haruslah sentiasa kuat.

Semoga kisah ini dapat memberikan pengajaran dan semangat buat pasangan di luar sana yang masih dalam proses untuk mendapatkan zuriat. Jangan pernah berputus asa ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment