seismik

Akaun YouTube MONSTA Dengan Lebih 13.5 Juta Subscribers Digodam Syarikat Mata Wang Kripto

Difahamkan, akaun saluran YouTube itu kini ditukar nama ke 'MicroStrategy US'.

Cover image via BoBoiBoy (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial ketika ini, saluran rasmi YouTube MONSTA yang memiliki lebih 13.5 juta subscribers atau pengikut dikatakan telah digodam dan mengejutkan ramai pihak

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Razak menerusi platform media sosial rasmi beliau di Facebook.

Nizam Razak menerusi Facebook rasminya menulis: “Monsta Channel yang mempunyai 13.5 Juta subscribers telah digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy US.”

Untuk rekod, MONSTA merupakan salah satu syarikat animasi popular tempatan dengan siri animasi seperti Boboiboy, Mechamato dan Papa Pipi. Ia bukan sahaja popular di kaca televisyen tetapi juga melalui saluran YouTube rasmi mereka.

Hasil tinjauan SEISMIK di saluran YouTube berkenaan mendapati kesemua video yang dimuat naik di saluran tersebut telah hilang atau dipadamkan daripada saluran itu.

Begitupun, di bahagian playlists YouTube tersebut masih terdapat beberapa video lama yang masih boleh ditonton tetapi ia ditandakan sebagai unlisted.

Image via YouTube

MONSTA kini sedang bekerja rapat dengan pihak YouTube bagi membaikpulih dan mengembalikan semula akaun rasmi mereka

Dalam pada itu, MONSTA turut mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dan menjelaskan akaun 'MONSTA Channel telah digodam menjadi sebuah syarikat mata wang kripto yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu 'Microstrategy US'.

Pihak MONSTA kini sedang berkerjasama dengan pihak YouTube untuk membaikpulih dan mengembalikan semula akaun rasmi 'MONSTA Channel'  berserta ribuan kandungan video keluaran MONSTA yang telah mencecah bilion tontonan sejak akaun tersebut ditubuhkan selama lebih sedekad lalu.

Lihat kenyataan rasmi penuh yang dikeluarkan pihak MONSTA di bawah:

Admin doakan dan berharap MONSTA dapat balik akaun YouTube mereka semula secepat mungkin!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: