"Banyak Kepala Sperma Yang Cacat" - Aktif Berbasikal Menyebabkan Air Mani Lelaki 'Lemah'?
Hampir 80% sperma bergerak tanpa hala tuju.
Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Bukan saja untuk mengisi masa lapang dan beriadah pada hujung minggu, tetapi ramai juga yang mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi tetap mereka.
Namun baru-baru ini tular satu perkongsian daripada seorang doktor di laman sosial Twitter tentang implikasi buruk kepada golongan lelaki yang aktif berbasikal.
Baca ciapan penuh Dr Ahmad itu di bawah:
Cycling boleh menjadi punca sperma cacat kerana lebihan haba yang boleh merosakkannya
Menurut Dr Ahmad, sebuah ujian semen pada lelaki berusia 29 tahun yang aktif berbasikal mendapati spermanya bergerak tanpa hala tuju dan ianya adalah tidak normal untuk golongan lelaki.
Hal ini terjadi kerana aktiviti berbasikal dalam jangka masa yang lama berpotensi menyebabkan lebihan haba merosakkan sperma.
Justeru, Dr Ahmad menyarankan agar golongan lelaki untuk tidak melakukan aktiviti berbasikal lebih daripada 5 jam dalam seminggu.
Malah, haba dari cuaca panas, tempat duduk basikal dan seluar yang ketat akan memberi kesan buruk kepada testis.
Walau bagaimanapun, seorang doktor bernama Zainal Adwin tampil dengan memberikan pandangan yang berbeza
Sementara itu, netizen juga memberikan pelbagai reaksi terhadap isu berkenaan. Antara komen menarik daripada netizen di Twitter: