"Cut Sugar Dalam Makanan & Minuman" - Gadis Ini Kongsi Tips Hilang 45kg Selama Setahun Je!
Power beb!
Berat badan selalunya akan semakin naik jikalau tidak menjaga makan, kurang bersenam, kurang minum air masak dan sebagainya
Memang betul setiap orang ada cara tersendiri untuk mengurangkan berat badan. Bermula dari pemakanan yang sihat, diet yang seimbang, senaman dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperoleh dengan diet seimbang ini, antaranya menggalakkan kesihatan sel, kesihatan mata, kesihatan jantung, kesihatan tulang, sendi dan juga kesihatan otak.
Sebab itulah jangan main diet je. Pastikan ianya memberikan kesan yang baik untuk tubuh badan dan kesihatan anda ya!
Lain orang, lain cara mereka untuk menurunkan berat badan. Seperti gadis ini, dia telah menggunakan cara diet Atkins untuk turunkan berat.
Gadis ini turut berkongsi tips bagaimana dia berjaya mengurangkan 45kg dalam masa setahun satu bulan dengan cara diet Atkins. Perkongsian tersebut telah ditulis di laman Twitter miliknya @zubiedaboudjit dan meraih lebih 8 ribu retweets dan 15 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Tinggal nasi dah setahun sebulan bermula 17 Oktober 2018 sehingga hari ini, 13 November 2019
Tak makan nasi tapi pastikan ambil sumber zat yang cukup. Itu merupakan cara terbaik buat mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun tidur, dia akan minum air lemon. Fungsinya...
Cheat day itu harus!
Sebab takkanlah anda tahan untuk tidak merasa makanan kegemaran walaupun sebulan sekali kan?
Tak susah pun bukan? Yang penting semuanya terserah kepada tuan punya badan untuk sentiasa istiqamah dan berdisiplin. :)