seismik

"Diam-Diam Ratah Mentega" - Ini 10 Artikel Telatah Menarik Si Comel Sepanjang Tahun 2022!

Amboi, kecil-kecil dah pandai dia buat hal. Nasib baik comel!

Cover image via @popoayah (TikTok) , @fatinnn0_ (TikTok) , @syakiladiyana (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tanpa tidak sedar, penghujung tahun 2022 sudah pun semakin hampir dan tahun 2023 bakal membuka tirainya

Namun, disebalik kegembiraan dan kenangan yang kita lalui sepanjang 2022, pasti akan terselit gelagat si comel yang mencuit hati kita bukan?

Jom kita lihat artikel dan cerita lucu mengenai si cilik yang viral sepanjang tahun 2022 ini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya di bilik mereka.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila bayi itu dilihat sangat marah dan membebel dalam bahasanya yang tiada siapa pun faham. Itu disebabkan ayahnya sengaja mengusik tidak memberikan botol susu kepadanya.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sifsuka di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan suasana di sebuah dapur.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila terdapat seorang budak lelaki sedang berpaut pada singki dapur sambil membasuh pinggan.

Baca artikel penuh di sini.

@sifsuka terpaksa suruh adik ot sebab nk beli susu#content original sound - Malis

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam bayinya yang sedang lena tidur di atas katil.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bayi itu dilihat sedang bermimpi sambil tidur nyenyak. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia kelihatan mencari susu untuk minum sambil mulutnya ternganga.

Baca artikel penuh di sini.

@warmbaby5200 The second day to start weaning mybaby,he wants to drink breast milk in his sleep#babiesoftiktok #baby #weaning original sound - Babysunshine889

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syakiladiyana, kelihatan wanita itu sedang mengemas barangan dapur.

Namun, apa yang mengejutkannya adalah apabila dia mendapati bayinya yang baru berumur lapan bulan sedang syok makan butter di tepi peti sejuk.

Lebih melucukan, sebaik saja 'projek' si kecil itu kantoi dengan ibunya dan butter itu diambil semula, dia dilihat menangis kerana terkejut.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak kecil sedang bersama dengan seekor anak ayam di dalam rumahnya.

Namun, apa yang lebih mencuit hati ramai adalah dia dilihat mahu memakan anak ayam tersebut dan sempat memasukkannya ke dalam mulut.

Situasi itu membuatkan si ibu terus menarik dan tergelak melihat gelagat lucu anaknya itu.

Baca artikel penuh di sini.

@fatinnn0_ Takkenyang makan ayam goreng nak makan ayam hidup pulak #fyp #babygirrl Oh No - Kreepa

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu si suami sedang lena tidur di dalam bilik mereka.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah suaminya itu tidur berdengkur sehingga membuatkan reaksi muka anaknya seolah-olah 'tidak puas hati'. Situasi berkenaan membuatkan wanita berkenaan tergelak melihat muka bayinya yang baru lahir itu.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qhiyxna_store, kelihatan seorang budak sedang cuba diberi makan ubat oleh ibu dan bapanya.

Kemudian, seorang lagi budak lelaki datang dan melihat budak tersebut sedang cuba menelan ubat. Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila dia membuat bunyi "uwek", seperti bunyi sedang memuntahkan makanan.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa berkongsi momen selepas kelahiran anaknya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bayi itu dilihat hanya terbaring diam sambil termenung dan tidak menangis. Situasi itu membuatkan si bapa teruja melihatnya.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @timbalan_opah di TikTok, gelagat anak kecil itu melakukan video stop motion dengan hanya menggunakan blok-blok kecil Lego.

Menurut anak kecil yang lebih dikenali sebagai Adi, dia mula meminati dan mempelajari teknik tersebut melalui YouTube.

Hasilnya sangat mengujakan dan kreatif. Rata-rata netizen turut terkejut dan kagum dengan idea menarik daripada anak kecil berkenaan.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk dan pura-pura menangis.

Difahamkan, anaknya itu merajuk dek kerana ibunya tidak membelikan peralatan massage. Selepas itu, dia pura-pura menangis siap boleh deal dengan si ibu bila dia akan berhenti menangis.

Sebenarnya, dia pernah berlakon adegan menangis dahulu ketika dia masih bayi bersama Redza Rosli. Disebabkan aura lakonannya sudah bermula dari kecil, maka aura lakonan dibawa hingga ke besar.

Baca artikel penuh di sini.

Semoga tahun 2023 dapat mencipta lebih banyak kenangan indah bersama yang tersayang. Selamat tahun baru buat semua pembaca daripada kami SAYS Seismik, terima kasih!❤️

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: