seismik

Dilanjutkan Atau Tidak? Status PKP Akan Diketahui Dalam Masa 72 Jam

Apa-apa pun keputusan pihak kerajaan, rakyat perlu akur kerana ia sememangnya jalan yang terbaik.

Cover image via

Pada 25 Mac lalu, Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Rakyat Post

Pengumuman itu telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas.

Beliau menjelaskan, "Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.

"Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

"Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya," katanya.

Hari ini merupakan hari ke-22 rakyat Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu

Apa yang menjadi tanda tanya pada masa ini adalah status PKP sama ada bakal dilanjutkan atau ditamatkan? Ia bakal diketahui oleh rakyat Malaysia dalam tempoh 72 jam ini iaitu pada hari Jumaat, 10 April 2020.

Sememangnya ramai mengharapkan supaya tempoh PKP tidak dilanjutkan kerana setiap orang pasti ingin kembali kepada kehidupan normal, dapat bekerja, dapat keluar seperti biasa dan sebagainya. Namun, jika kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh PKP, ia adalah jalan yang terbaik untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 ini di Malaysia.

Dalam masa yang sama, setiap orang juga perlu bekerjasama dengan duduk diam-diam di rumah supaya rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan dengan segera.

Paling membimbangkan buat masa kini adalah Malaysia telah merekodkan kes 69 sporadik Covid-19 setakat ini. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, 7 April.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via Utusan Borneo

Untuk pengetahuan umum, kes sporadik ini merupakan kes yang tidak diketahui asal-usul dan punca jangkitan dari mana kerana ia langsung tidak dapat dipastikan oleh sesiapa.

Sementara itu, menurut laporan, Malaysia kini mempunyai sebanyak 170 kes baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.

Sama-sama kita nantikan keputusan oleh pihak kerajaan mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pada hari Jumaat, 10 April nanti.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: