seismik

Gadis Cuba Nyanyi Lagu Casablanca Dan 9 Lagi Artikel 'Most Reads' Sepanjang Tahun 2022!

Wah, kejapnya dah nak masuk tahun baru!

Cover image via @zhanxiang98 (TikTok) , @jay.emmir (TikTok) , @yayazureimy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sedar mahupun tidak, tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi

Rasa macam semalam baru terfikir apakah perancangan dan azam tahun 2022. Pejam celik, pejam celik tinggal beberapa hari sahaja akan memasuki tahun baru.

Semua orang pastinya akan ada kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2022 ini bukan? Jika kenangan manis, pastinya ia akan menjadi memori yang terindah. 

Tetapi jikalau kenangan itu pahit, jadikan ia sebagai iktibar dan teladan dalam hidup supaya tidak berulang pada tahun yang akan datang.

Oleh itu, jom kita imbas semula antara most reads yang pernah kami kongsikan dalam SAYS Seismik sepanjang tahun 2022.

Image via Baamboozie

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @jay.emmir, kelihatan seorang lelaki berkongsi kisahnya ketika dia mengunjungi salah sebuah cawangan Starbucks.

Pada awalnya, pekerja itu meminta nama apa yang ingin dituliskan pada cawannya dan dia menjawab "Jay".

Tetapi, apa yang membuatkan dia terkejut adalah sebaik saja minumannya itu siap, dia melihat nama lain yang ditulis pada cawannya iaitu "Gay". Kejadian itu membuatkan dia agak kecewa dan juga terkejut kerana melihatnya.

Baca artikel penuh di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayazureimy, kelihatan gadis itu sedang berangan di depan kamera sambil memasang lagu Casablanca.

Sebaik saja dia menyanyikan lagu itu, ramai terdiam kerana suaranya yang sumbang. Malah, ramai yang tidak sangka dia akan menyanyi kerana mereka ingat dia ingin membuat tutorial tudung yang dipakai ala-ala Arab itu.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azrieidzmeer, kelihatan pemuda itu sedang duduk di dalam flight sambil mendengar pengumuman daripada pramugari bertugas.

Apa yang membuatnya terkejut adalah apabila pramugari tersebut tiba-tiba bercakap "selamat datang barua-barua sekali dalam penerbangan kami, saya di sini sangat berbesar hati untuk memberi nasihat kepada barua-barua sekalian. Kalau orang tu dah bagi effort kat kau boleh tak kau appreciate orang tu".

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gigibesiofficial, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di salah sebuah kenderaan pacuan 4 roda untuk menuju ke lokasi.

Pada mulanya, mereka ingat akan melalui kawasan kampung, namun tidak menyangka ia akan memasuki kawasan bandar. Situasi itu membuatkan mereka merasa malu dan ada juga yang sampai menyorokkan mukanya.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi perkongsian oleh @amirchik, kelihatan penyanyi dari Rusia yang bernama Amirchik itu baru saja mengeluarkan muzik video rasminya dan meletakkan caption berbahasa Melayu dalam videonya itu.

Walaupun ia bukanlah bahasa Melayu yang betul, tetapi effortnya untuk meletakkan lirik yang seakan dengan bunyinya itu ternyata mendapat pujian netizen walaupun ia sangat kelakar.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahmadshaminz, kelihatan rakaman menunjukkan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta sambil menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Sambil lelaki itu memerhatikan seorang pak cik yang sedang mengisi minyak motornya, rakan di sebelah pula dengan sengaja membuka pintu kereta.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @awbytoo, kelihatan seorang gadis dirakam oleh ahli keluarganya sebaik saja dia pulang daripada sekolah.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara jalannya dilihat begitu berbeza. Rupa-rupanya difahamkan, belahan jahitan kain sekolahnya itu tidak dibuka lagi membuatkan dia terpaksa berjalan berkepit.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cekting, kelihatan dia sedang berada dalam keretanya sambil membuat review lipstick yang baru saja dibelinya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia mula memakai lipstick yang pertama, warna itu dilihat pucat pada bibirnya.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi perkongsian video daripada @theordinarybaker, kelihatan pemilik kedai itu sedang duduk di dalam bilik CCTV untuk memantau aktiviti pekerjanya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dua orang pekerjanya dilihat sedang sakan menari lagu dari kumpulan BTS di dapur sambil membuat creampuff.

Baca artikel penuh itu di sini.

Menerusi video yang dikongsi oleh @zhanxiang98, kelihatan tiga orang lelaki Cina itu sedang menari bersama.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila rupa-rupanya, mereka menggunakan sound di TikTok Sajat bersilat sebagai muzik latar video tersebut.

Lebih menghiburkan lagi, tarian mereka sesuai pula dengan sound itu dari awal hingga akhir tarian kreatif berkenaan.

Baca artikel penuh itu di sini.

Jadikan memori 2022 sebagai iktibar dan kenangan yang terindah. Semoga tahun 2023 menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua. Selamat tahun baru semua!

Image via Events Gif

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: