"I Bangga Status Janda Sebab..." Fasha Sandha Luah Isi Hati Pertama Kali Jadi Ibu Tunggal
Menurutnya, dia akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan perkahwinan yang telah dibina. Namun jika tidak berjaya, itu adalah takdir.
Bila membahas tentang kehidupan seorang selebriti, di fikiran setiap individu pastinya kehidupan mereka (selebriti) ini begitu sempurna tiada cacat cela, bukan?
Namun sebenarnya, kehidupan mereka paling sering dikelilingi dengan masalah. Walau sekecil manapun masalah yang dihadapi, masyarakat di luar sana tetap akan membesar dan menghebohkan lagi permasalahan mereka. Ia seolah-olah apa yang mereka hadapi itu adalah sesuatu yang tidak pernah dihadapi oleh masyarakat lain.
Mereka tetap manusia, mereka tetap ada kekurangan, mereka tetap ada masalah peribadi sama seperti manusia lain. Jadi janganlah kita berbicara seolah-olah mereka ini hanya dikelilingi oleh kemewahan dan populariti sehingga tiada kekurangan.
Buang mentaliti lapuk seperti itu. Ingat bahawa selebriti yang terkenal juga turut bertungkus-lumus mencari wang untuk kehidupan seharian dan mempunyai masalah tersendiri.
Sebagai contoh, selebriti terkenal iaitu Fasha Sandha baru-baru ini telah memuatnaik status di laman Instagram yang menjelaskan tentang pasang surut kehidupannya sebagai selebriti
Posting tersebut berjaya meraih lebih 77 ribu likes dan 1 ribu lebih komen ketika artikel ini ditulis. Kebanyakan pengguna Instagram turut memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
Baca penuh di bawah:
Fasha Sandha kini telah sah bergelar seorang isteri kepada aktor, Aidil Aziz dan ini merupakan perkahwinan kedua buat dirinya
Semoga pasangan ini kekal bahagia buat selamanya.