seismik

Lelaki Ini Cuba Menari Macam Hrithik Roshan, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Pecah Perut

"Confident tu beli kat mana?" - Netizen.

Cover image via @wanchai_31 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda peminat Bollywood, sudah tentu anda pernah menonton filem popular Kaho Naa Pyaar Hai satu ketika dulu bukan?

Lagu dalam filem itu yang masih meniti di bibir para peminat Bollywood sehingga hari ini membuatkan ramai masih mengingati jalan cerita tersebut.

Ditambah pula dengan lakonan mantap hero tampan dan tinggi lampai Hrithik Roshan bersama Ameesha Patel, ia menjadikan filem itu hit pada tahun 2000.

Namun, lain pula yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia cuba menari seperti Hrithik Roshan di dalam filem itu mengundang tawa ramai di TikTok.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menari macam Hrithik Roshan dalam filem Kaho Naa Pyaar Hai, tapi tak pasal-pasal kena gelak

Menerusi perkongsian video daripada @wanchai_31, kelihatan dia cuba menari seperti Hrithik Roshan menerusi salah satu lagu popular dalam filem berkenaan yang bertajuk Ek Pal Ka Jeena.

Bukan itu saja, lelaki itu juga dilihat sanggup menari dibasahi hujan di belakang rumahnya kerana babak lagu itu sememangnya dirakam dalam keadaan hujan di sebuah kelab malam.

"Hrithik Roshan DIY ni, aku serabut dengan spek bingkai patahnya hahaha" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang sehingga kini berjaya meraih 1.1M tontonan, 59.1K tanda suka dan 1.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat tahap confident lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Menjadi gaya dia menari, yang penting dia berjaya buat kita semua terhibur! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: