seismik

Lelaki Selamba Pegang Janggut UAI Sambil Rakam, Reaksi Bodyguardnya Pula Jadi Perhatian

Takut dia ada niat lain je.

Cover image via @fyfadhaus (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak kenal dengan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) bukan?

Setiap kali sesi ceramahnya diadakan, sudah pasti beribu-ribu orang akan datang kerana caranya menyampaikan dakwah sangat menarik dan lucu.

Namun, tular baru-baru ini sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki bertindak memegang janggut UAI selepas bersalam dengannya telah mengundang spekulasi ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fyfadhaus Hahahahahah selamba dia je pegang janggut UAI #UAI #taiping #fyp bunyi asal - FyfaDhaus

Selamba pegang janggut UAI sambil rakam video

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fyfadhaus, kelihatan para jemaah yang menghadiri majlis ilmu di sebuah masjid sedang bersalaman dengan UAI.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila seorang lelaki yang bersalaman dengan UAI itu sempat merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

Pada masa yang sama, dia kemudiannya sempat memegang janggut UAI sebelum akhirnya berlalu pergi. Tindakannya itu membuatkan bodyguard UAI merenung tajam ke arahnya seakan-akan marah dengan tindakan lelaki tersebut.

"Siapa yang faham, InshaAllah mungkin dia nak ambik keberkatan degan memegang janggut orang-orang alim" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.6M views, 82.3K likes dan 3.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai tindak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin lelaki tu tak ada niat apa-apa, teringin sangat nak pegang janggut UAI kot. Wallahualam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: