"Alhamdulillah" - Persediaan KKM Bendung Gelombang Ke-3 Covid-19 Di MAEPS Ini Dipuji Ramai
Lokasi MAEPS dipilih untuk dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah yang mana menempatkan 600 katil, 400 untuk pesakit lelaki dan 200 pesakit wanita.
Pejam celik pejam celik kini sudah hampir 2 minggu kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan salah satu usaha telah dibuat bagi membentung penularan wabak Covid-19 daripada terus menjangkiti rakyat Malaysia.
Meskipun begitu, berdasarkan statistik, tidak dapat dinafikan bahawa jumlah mereka yang dijangkiti masih meningkat, malah angka kematian yang berlaku akibat jangkitan wabak ini juga merisaukan masyarakat terutamanya pihak berwajib.
Pada hujung minggu lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsikan beberapa gambar persediaan yang sedang dilakukan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)
Difahamkan bahawa perkara ini dibuat sebagai persediaan bagi membendung penularan gelombang ke-3 wabak Covid-19 ini di dalam negara.
Berikut adalah antara gambar persediaan yang sedang giat dijalankan di MAEPS:
Dipercayai lokasi MAEPS dipilih untuk dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah yang mana menempatkan 600 katil, 400 untuk pesakit lelaki dan 200 pesakit wanita.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pusat ini adalah sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ke-3 bagi memuatkan pesakit jangkitan Covid-19 yang berisiko rendah
Manakala buat pesakit yang berisiko tinggi dan mempunyai sejarah penyakit kronik pula akan ditempatkan di hospital.
Ternyata, gambar-gambar yang dimuat naik melalui laman Twitter @KKMPutrajaya ini telah mendapat pujian daripada warganet.
Rata-rata memuji langkah pantas negara dalam persediaan membendung gelombang ke-3 ini. Namun mereka juga berharap agar gelombang ke-3 ini tidak berlaku.
Antara komen menarik daripada warganet: