seismik

Selamba Redah Banjir, Rupa-Rupanya Lelaki Ini Tengah Kayuh ‘Basikal’ Dalam Air. Wow!

Tabah mengharungi cabaran hidup!

Cover image via @noon_120945 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan sesetengah kawasan dilanda banjir

Perkara ini bukan saja terjadi dalam negara kita, malah negara jiran iaitu Thailand juga mengalami bencana yang sama. Sudah tentu, pergerakan setiap orang akan terbatas apabila kawasan itu banjir. 

Namun, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pemuda dilihat selamba redah banjir dengan begitu bersahaja telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba redah banjir dengan mengayuh basikal

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang memakai life jacket berada di tengah-tengah air kerana kawasan rumahnya banjir.

Apa yang membuatkan netizen tercengang adalah apabila dia dilihat bergerak dengan pantas daripada suatu tempat ke tempat yang lain.

Dia kemudian menuju ke arah kamera, rupa-rupanya dia mengayuh basikal dalam air. Kegigihan dan kekuatannya telah mengagumkan ramai orang. Pelbagai reaksi juga dilontarkan oleh netizen.

"Aku ingat dia naik labi-labi tadi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 1.6M tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan kagum dengan pemuda tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kuat betul kaki pak cik tu ya sampai boleh kayuh dalam air! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: