Ingin Tahu Mengapa Anda Kerap Mengalami Ulser Di Dalam Mulut? Ini Sebabnya
Jika ulser mulut atau ulser lidah masih belum pulih selama 3 minggu, anda perlu dapatkan rawatan doktor.
Mungkin ramai yang pernah terkena ulser di bahagian dalam mulut. Selalunya akan terjadi ketika mengalami kecederaan minor akibat terlalu kuat menggosok gigi atau tergigit tanpa sengaja.
Bila terkena ulser di bahagian mulut memang sangat pedih dan menyakitkan. Terutama sekali bila sedang makan, nak mengunyah pun terseksa.
Untuk yang masih belum tahu, ulser di bahagian mulut ini dikenali sebagai kudis mawar liar. Ia merupakan luka-luka kecil yang menyakitkan dan akan kembang di dalam mulut atau di pangkal gusi anda.
Ulser juga boleh menyebabkan aktiviti seperti makan, minum dan bercakap menjadi tidak selesa dan sakit. Namun, ulser mulut TIDAK berjangkit ya, dan ianya akan hilang dalam tempoh satu atau dua minggu.
Jika anda kerap mengalami ulser di dalam mulut, tahukah anda bahawa salah satu puncanya adalah STRESS.
Baca perkongsian oleh seorang doktor iaitu Dr Ezairy di laman Facebook tentang punca-punca yang menyebabkan ulser ini berlaku:
8. Sesetengah jenis ubat
Walau bagaimanapun, jika anda mendapati ulser ini tidak sembuh juga dalam masa tiga minggu, anda harus ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Kerana ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ianya berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan penyakit lain yang bahaya.
Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dan yang paling penting; KURANGKAN STRESS. :)