seismik

[VIDEO] Beri Kejutan Pusing KL Naik Helikopter, Majlis Bersara Guru Besar Ini Curi Tumpuan

Beliau pernah menerima award 'Malaysia's kindest principal'.

Cover image via @nadiahmasre (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap sekolah sudah pasti akan mengadakan majlis persaraan bagi guru-guru yang akan bersara

Perkara tersebut diadakan supaya pelajar dan rakan-rakan guru dapat mengingati jasa serta pengorbanan guru yang telah berkhidmat di sesebuah sekolah itu. Majlis itu juga sebagai tanda penghargaan buat guru yang bakal bersara. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram yang memaparkan majlis persaraan guru besar sebuah sekolah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Beri kejutan Guru Besar naik helikopter pusing KL masa majlis persaraannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah majlis persaraan sedang diadakan di SK Jalan Empat Bandar Baru Bangi pada 18 Februari yang lalu.

Guru Besar tersebut telah berkhidmat selama 38 tahun. Majlis persaraannya sangat meriah. Guru-guru yang menjadi ahli Badan Kebajikan Guru Staf di sekolah itu memberikan kejutan demi kejutan kepada beliau.

Selain membawa guru besar itu naik helikopter pusing Kuala Lumpur, mereka juga mempersembahkan flashmob tema Bollywood kepada beliau. Komitmen semua guru di sekolah tersebut membuatkan guru besar terharu dan menangis.

Disebabkan ramai guru yang menyayangi dan menyanjungi beliau, guru-guru merasa sebak berikutan dengan persaraan beliau. Bercakap kepada SEISMIK, terdapat insan-insan yang bermurah hati ikhlas untuk menaja khas kepada guru besar itu.

Selamat bersara cikgu, terima kasih atas segalanya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: