[VIDEO] Gelagat Gadis Ini Berniaga Memang Buatkan Anda Geli Hati. Alahai, Lawak Beno!
Macam ini pun ada eh? HAHA.
Kalau tengok drama atau telemovie dulu-dulu, mesti banyak babak yang tunjuk cara orang dulu berniaga. Lain macaaaam!
Ada yang pergi rumah ke rumah, ada yang buat demo kat rumah dan panggil satu kampung datang tengok. Samalah macam sis kita sorang ni. Macam-macam gelagat dia waktu menjual. Geli hati pula tengok
Kalau nak tahu macam mana cara dia berniaga, tengoklah sendiri video di bawah ni:
Nak berniaga ni rahsianya satu je, jangan ada perasaan malu
Lagi satu, minat kenalah mendalam. Barulah apa yang kita impikan akan jadi kenyataan, macam Puan Padzilah ini. Hanya dari minat, dia berjaya jadi usahawan telekung Siti Khadijah. Dari 200 helai telekung, kini dah terjual lebih banyak setelah dia masuk pasaran secara online.
Berniaga atas talian memang senang sebenarnya
Kalau nak ikutkan, perkembangan cara orang berniaga semakin lama makin canggih. Dari konsep rumah ke rumah, beralih pula ke jualan di kedai atau butik. Sekarang ini, dah ada konsep berniaga secara online, semuanya di hujung jari. Dah tak payah buang masa dan duit untuk sewa kedai. Duduk di rumah pun dah boleh jadi peniaga.
Paling penting, harus jujur dalam urusan jual beli secara online ni. Sekarang pun memang ramai yang dah berniaga secara online. Cakap pasal meniaga online, dengar cerita Lazada akan buat kempen Jualan Mega Pertengahan Tahun pada 12 Julai ini.
Jadi, inilah masa untuk anda rebut peluang mendaftar sebagai seller. Dapatkan maklumat lanjut di LAZADA.
Tak ada sebab untuk anda katakan tidak pada peluang yang ada ni. #apaALASANanda
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.